
CERMELANG DAN SENTIASA KE HADAPAN.. kata-kata inilah yang dijadikan pembakar semangat kepada semua warga S.M.K Kunak Jaya sempena Sukan Tahunan ke- 17 tahun 2010. Sukan ini berlangsung di padang S.M.K Kunak Jaya Kunak pada 28 Januari 2010.

Ketibaan YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI disambut oleh Tuan Pengetua S.M.K Kunak Jaya bersama Pegawai dan anggota RELA.
Sukan Tahunan S.M.K Kunak Jaya kali ke-17 ini dirasmikan oleh YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Dewan Rakyat P.188 SILAM merangkap Duta Keamanan (UPF) PBB.

YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI menyampaikan ucapan perasmian
Dalam ucapan perasmian YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Yang Berhormat mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kesihatan dan kekuatan yang dianuggerahkan kepada beliau untuk menghadiri majlis Sukan Tahunan S.M.K Kunak Jaya kali ke- 17 ini.

Turut hadir bersama Ketua Pegawai Perhubungan P.188 SILAM En. Chong dan juga Tuan Haji Mohammad Bin Imam Basirun selaku Pegawai Perhubungan P.188 SILAM kawasan Kunak
Menurut beliau, sukan hari ini semakin bersifat global, kepentingannya tidak hanya terhad kepada persaingan atlit dan pasukan, penawaran bidang pekerjaan, penjenamaan barangan sukan, pengiklanan dan aktiviti riadah tetapi juga medan mengangkat kepentingan nasional selain untuk kesihatan fizikal dan kecergasan minda. Contohnya terdapat ramai atlit sukan bertaraf dunia telah dilahirkanoleh Negara kita Malaysia.

Lintas hormat dari kontenjen sukan dan juga unit Beruniform sekolah

Lintas hormat daripada Unit Beruniform Pengakap S.M.K Kunak Jaya
Penyertaan dalam bidang sukan sangat digalakkan dan wajib kepada pelajar tidak kira diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di IPTA ataupun di IPTS. Selain dari aspek kesihatan, sukan juga pada hari ini merupakan kaedah penting untuk membentuk perpaduan bukan sahaja kerjasama berpasukan tetapi yang lebih penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum ke arah kestabilan Negara sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia.

Peserta perbarisan dengan penuh semangat kesukanan
Selain itu, sukan juga dapat menyuburkan dan membina nilai – nilai patriotisme yang tinggi lagi luhur melalui rasa tanggungjawab kepada diri dan pasukan disamping itu, yang loebih penting bertanding dan berjuang untuk Negara tercinta. Oleh itu, Yang Berhormat berharap agar pelajar yang ikut bertanding dalam apa juga acara agar dapat melakukan dengan bersungguh- sungguh dan penuh semangat kesukanan.

YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI bersama Pegawai RELA dan juga anggota RELA Daerah Kunak
Dalam ucapan Yang Berhormat, beliau juga menyentuh sedikit berkenaan tugas dan peranan anggota RELA dalam membantu menjaga keselamata dan keamanan Negara. Oleh itu, Yang Berhormat menegaskan kepada masyarakat agar tidak memandang rendah kepada anggota RELA yang sememangnya banyak memberikan kometmen dan kerjasama dalam pelbagai aspek.

Krue RTM sempat membuat liputan dan menemubual YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
Akhir sekali, ucapan tahniah kepada guru – guru, ahli jawatankuasa pelaksana,ahli pasukan RELA daerah Kunak, ibu bapa dan juga pelajar yang turut sama menjayakan majlis Sukan Tahunan S.M.K Kunak Jaya kali ke- 17 ini.

Senyum lebar dan berpuas hati dengan tindakan pihak kerajaan Malaysia
YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI DEWAN RAKYAT P.188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN (UPF) PBB, JABATAN PELAJARAN DAERAH KUNAK, STAF ADR P.188 SILAM, WARGA S.M.K KUNAK JAYA DAN SEMUA MASYARAKAT DAERAH KUNAK MENGUCAPKAN SYABAS DAN TANIAH KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA Y.A.B TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN YANG JUGA MERUPAKAN MENTERI PELAJARAN DAN JUGA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA kerana mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap permasalahan rakyat dalam sektor pendidikan dengan meluluskan peruntukan lebih kurang RM2.5 Juta untuk membaik pulih bangunan S.M.K Kunak Jaya yang retak dan boleh mengancam keselamatan guru dan pelajar akibat daripada kejadian gempa bumi berskala 3.5 rihkter yang melanda beberapa daerah termasuk daerah kunak pada pertengahan tahun 2009.
Tindakan yang dibuat sejajar dengan
Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA…